Rawatan percuma sehingga RM500: Syarat-syarat & cara memohon Skim Insurans Peduli Sihat
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Skim Insurans Peduli Sihat khusus kepada golongan B40.
Selain bertujuan untuk mambantu meringankan beban golongan B40, ia juga diperkenalkan bagi mengurangkan kesesakan di klinik/hospital kerajaan di samping membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi keluarga berpendapatan rendah menerima pebagai manfaat perlindungan kesihatan.
Manfaat
- Rawatan asas & suntikan vaksin: RM500
- Perlindungan peribadi: RM5,000
- Bantuan pengebumian: RM1,000
- Penyakit kritikal: RM5,000
- Kematian semula jadi: RM5,000
Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan manfaat-manfaat ini, boleh rujuk DI SINI.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemilih Berdaftar di Negeri Selangor
- Lahir di Negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pendapatan seisi rumah RM2,000 dan ke bawah
- Berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2,000 atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih.
Cara Mendaftar
Bagi yang menepati syarat-syarat dan ingin mendaftar di bawah Skim Insuran Peduli Sihat – ia boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.
Selain itu, pendaftaran juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI) dan melengkapkannya bersama dokumen-dokumen sokongan yang diminta.
Borang permohonan dan dokumen yang lengkap kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan.
Maklumat rasmi berkenaan skim ini boleh dirujuk – DI SINI.