Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 2026: Terbuka Lepasan SPM
Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.
Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.
Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
JURUISYTIHAR
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kekosongan: 2
- Kadar Upah: RM1,700 / Sebulan
- Kemudahan: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan PERKESO
Syarat – Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan;
- Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Keutamaan bagi calon yang memiliki pengalaman kerja berkaitan.
Bidang Tugas
- Bertanggungjawab untuk merekodkan maklumat pengisytiharan pendaratan ikan oleh nelayan ke dalam sistem e-Pengisytiharan;
- Menguruskan aduan pengguna melalui sistem e-Pengisytiharan atau Helpdesk agar aduan dapat diselesaikan dengan segera;
- Melaksanakan semakan kemasukan data pengisytiharan melalui Myisytihar LKIM;
- Membantu menyelesaikan masalah tempatan berkaitan dengan program pengisytiharan;
- Menjalankan pemantauan secara berkala di peringkat negeri;
- Menerima arahan pihak atasan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Permohonan boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan LKIM secara lengkap dan tepat yang boleh didapati di alamat berikut:
LKIM Negeri Kedah
Pelabuhan LKIM Kuala Kedah
Kampung Keluncur
Mukim Kubang Rotan
06250 Alor Setar, Kedah.
Borang yang telah dilengkapkan kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:
Unit Pembangunan Infrastruktur
LKIM Negeri Kedah
Pelabuhan LKIM Kuala Kedah
Kampung Keluncur
Mukim Kubang Rotan
06250 Alor Setar, Kedah.
Dimaklumkan bahawa permohonan akan ditolak sekiranya maklumat yang diberikan tidak tepat, tidak benar atau tidak lengkap. Tarikh tutup permohonan pada 15 Ogos 2026.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lengkap dan terperinci tentang kekosongan jawatan ini sila layari media sosial rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia. LKIM berobjektif untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan dan memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.
Visi LKIM pula adalah Peneraju Pembangunan Nelayan dan Industri Perikanan Negara dan misinya adalah:
- Membentuk masyarakat nelayan maju, berdikari dan progresif;
- Meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi serta memenuhi piawaian;
- Menyediakan kemudahan infrastuktur perikanan moden dan bersepadu;
- Melahirkan modal insan yang kompeten.
Fungsi-fungsi LKIM merangkumi perkara-perkara berikut:
- Menggalak & memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai perusahaan dan pemasaran ikan;
- Mengadakan dan menyelia kemudahan-kemudahan kredit bagi pengeluaran ikan dan memastikan bahawa kemudahan-kemudahan ini digunakan sepenuhnya;
- Mengambil bahagian dalam perusahaan-perusahaan perikanan dan bagi maksud itu mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran bekalan dan kelengkapan ikan;
- Menggalak, menggiat, memudah dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial Persatuan-Persatuan Nelayan;
- Mendaftar, mengawal dan menyelia Persatuan-Persatuan Nelayan dan mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengannya.
Piagam pelanggan LKIM adalah seperti berikut:
- Memberikan keputusan pendaftar ke atas permohonan projek ekonomi, kategori keahlian dan cadangan pindaan Perlembagaan Persatuan Nelayan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap;
- Memastikan semua tuntutan dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dengan syarat dokumen-dokumen sokongan lengkap;
- Memberikan keputusan permohonan lessen berniaga ikan LKIM dalam tempoh:
- Kurang dari 14 hari bekerja bagi permohonan baru
- Satu (1) jam untuk permohonan pembaharuan dengan syarat semua maklumat atau dokumen yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- Memberi maklum balas dalam masa :
- Satu (1) hari bekerja untuk aduan media
- Tujuh (7) hari bekerja untuk aduan awam
- 14 hari bekerja untuk surat rasmi.



