Bantuan RM200 Yang Dikreditkan Setiap Bulan Mula Disalurkan Bermula 9 Jun Ini. Ini Jumlah Penerima Setakat Ini

Bantuan kewangan yang dikreditkan kepada penerima setiap bulan adalah salah satu cara bagaimana pihak kerajaan boleh membantu golongan sasar untuk mendepani cabaran ekonomi ketika ini.
Inisiatif ini juga dipanggil sebagai ‘cash transfer’ yang memberi wang tunai terus kepada penerima untuk dimanfaatkan. Penerima yang layak akan menerima jumlah yang telah ditetapkan terus ke akaun bank masing-masing pada tarikh yang dinyatakan.
Bantuan Bulanan RM200 Mula Dikreditkan 9 Jun
Berita baik telah diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai seramai 30,000 penerima mula menerima RM200 setiap bulan mulai malam 9 Jun 2024.
Kumpulan ini adalah penerima yang telah diluluskan dan layak untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif BUDI MADANI.
Seramai 30,000 penerima ini adalah penerima kategori BUDI MADANI individu dan BUDI Agri-Komoditi.
Perbezaan BUDI MADANI individu dan BUDI MADANI Agri-Komoditi
BUDI Madani Individu adalah subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu yang menggunakan kenderaan diesel. Ia diharapkan mampu menampung peningkatan perbelanjaan bahan api diesel.
Manakala, BUDI Madani Agri-Komoditi merangkumi petani dan pekebun kecil komoditi. Ia bagi mengurangkan kesan kepada punca pendapatan.
Tujuan BUDI Madani Dilaksanakan
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah tujuan Bantuan RM200 setiap bulan ini dilaksanakan? Sebenarnya, pihak kerajaan mempunyai beberapa tujuan dan isi yang perlu diselesaikan.
Antaranya adalah seperti berikut:
1) Tujuan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi ini adalah untuk membendung ketirisan diesel subsidi yang kian berleluasa dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.
2) Kerajaan berbelanja sebanyak RM14.3 bilion untuk subsidi diesel tahun lalu dan negara kini tidak mampu terus kerugian berbilion ringgit akibat penyeludupan dan penyelewengan diesel yang berleluasa
3) Wang itu lebih baik dibelanjakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan membangunkan negara.
Perkara-perkara di atas ini mestilah diselesaikan tanpa membebankan rakyat. Ini bagi memastikan bahawa setiap bantuan yang diberikan dapat diterima oleh golongan sasar yang sangat memerlukannya.
Pemohonan Masih Dibuka Untuk Yang Layak
Bagi mereka yang layak dan belum memohon, anda tak perlu risau. Ini kerana individu layak yang belum memohon BUDI MADANI individu atau BUDI Agri-Komoditi masih boleh menerima bantuan bagi Jun sekiranya mereka membuat permohonan sebelum akhir bulan ini.
Cara Memohon
Pihak kerajaan juga menyarankan individu pemilik kenderaan diesel, petani kecil dan pekebun kecil komoditi yang layak untuk memohon BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my.
Pemilik kenderaan logistik yang layak juga boleh memohon untuk mendapatkan ‘fleet card di bawah Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.
Apakah itu SKDS?
Program Sistem Kawalan Diesel bersubsidi (SKDS) adalah khusus untuk sektor pengangkutan dan logistik berada di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Untuk SKDS 1.0 adalah fokus untuk pengangkutan awam, bas sekolah, bas henti-henti, bas ekspres, ambulans, bomba dan van jenazah.
Manakala, SKDS 2.0 pula untuk pengangkutan logistik terutamanya bagi barangan keperluan harian.
Di bawah SKDS 2.0 penyasaran subsidi juga diperluaskan kepada 23 jenis kenderaan diesel termasuk kenderaan yang mengangkut hasil pertanian, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Oleh itu, jenis kenderaan ini diberikan Fleet Card untuk mendapat diesel yang bersubsidi.
Jenis Kenderaan Yang Terlibat Di Bawah SKDS 2.0
Program Sistem Kawalan Diesel bersubsidi (SKDS) telah dilaksanakan secara berfasa. Pada Januari lalu, fasa pertama telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan enam syarikat perintis dalam sektor pengangkutan darat (barangan).
Untuk SKDS 1.0, ini jenis kenderaan pengangkutan awam yang terlibat:
1) Bas sekolah
2) Bas Ekspres
3) Bas Henti-henti
4) Bas Pengantara
5) Bas Mini
6) Kereta Sewa
7) Teksi
8) Van / Lori Mayat
9) Ambulans
10) Bomba
Untuk fasa kedua pula, ia akan membabitkan lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel dan van ‘window’. Berikut merupakan senarai penuh untuk SKDS 2.0:
1) Lori Rigid – Curtainsider
2) Lori Rigid – Hasil Pertanian
3) Lori Rigid – Kandang Haiwan
4) Lori Rigid – Kombinasi
5) Lori Rigid – Open Platform
6) Lori Tangki Rigid – Minuman
7) Lori Rigid – Sampah
8) Bas – Food Catering
9) Van – Food Catering
10) Lori – Food Catering
11) Semi – Panel Van
12) Bas – Perkhidmatan Bergerak
13) Van – Perkhidmatan Bergerak
14) Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
15) Lori Rigid – Kargo Am
16) Penggerak Utama
17) Lori Rigid – Luton / Kotak
18) Lori Rigid – Tangki Air
19) Lori Rigid – Minuman Botol
20) Lori Rigid – Refrigerated
21) Lori Rigid – Tangki Tepung
22) Window Van
23) Panel Van
Bermula 10 Jun 2024, jam 12.00 tengah malam, pihak KPDN akan menguatkuasakan harga baharu diesel pada kadar RM3.35 seliter di stesen minyak di Semenanjung Malaysia.
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awal dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan fleet card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
