Untuk Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Bantuan Tambahan STR
Untuk makluman, selain bantuan Sumbangan Tunai Rakyat (STR) – pihak Kerajaan juga memperkenalkan Bantuan Tambahan STR sebanyak RM600 kepada para penerimanya yang menepati syarat-syarat kelayakan khusus.
Bantuan tambahan ini akan disalurkan kepada penerima STR dalam kategori Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pelaksanaan
Nilai bantuan ini adalah sebanyak RM600 dan akan disalurkan sebanyak 6 fasa pada tahun 2023. Pembayarannya akan dibuat pada bulan Julai; Ogos; September; Oktober; November dan Disember 2023.
Untuk makluman, bantuan ini juga akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan kepada setiap Ketua Isi Rumah miskin tegar.
Ia turut akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
Bagi info yang lebih teliti tentang STR, sila lihat di Portal Rasminya – DI SINI.
