Pendapatan Isi Rumah RM5,000 & Ke Bawah. Wang Bantuan STR Fasa 2 Dikreditkan Sebelum Hari Raya

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Jumlah Bayaran Fasa 2

Jumlah bayaran adalah bermula dari RM100 sehingga RM300 mengikut kelayakan masing-masing

Cara Semak

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022. Pendaftaran MySTR adalah seperti berikut:

  1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
  2. Advertisement
    Advertisement
  3. Masukkan Maklumat Keselamatan
  4. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  5. Pendaftaran berjaya

Tarikh Bayaran Fasa 2

Berita baik kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua. Menurut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa pembayaran STR kepada golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, beliau meminta individu yang layak supaya membuat permohonan sebelum 31 Mac ini bagi membolehkan bantuan tersebut dikreditkan pada waktu yang tepat.

Syarat Kelayakan Penerima

Berikut merupakan syarat kelayaka penerima STR bagi fasa 2:

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *