RM600 Dikreditkan Ke Akaun Penerima Bulan Ini (April 2025): Maklumat Penuh Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan golongan yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat, dan negara. Setelah menempuh pelbagai cabaran kehidupan, mereka kini berada di fasa yang memerlukan lebih perhatian, sokongan, dan kasih sayang. Namun, dalam dunia yang semakin sibuk ini, kebajikan warga emas sering kali terlepas pandang. Ramai yang hidup bersendirian, berdepan masalah kesihatan, kekangan kewangan, dan kadangkala terpinggir daripada arus kemajuan teknologi serta kemudahan moden.

Malaysia sedang menuju ke arah status negara tua, di mana lebih 15% daripada penduduk akan berusia 60 tahun ke atas menjelang 2030. Ini bermakna, keperluan warga emas akan menjadi semakin mendesak — dari segi penjagaan kesihatan, kemudahan sosial, persekitaran mesra usia, hinggalah kepada sokongan emosi dan psikologi. Dalam hal ini, peranan keluarga, komuniti dan pihak berkuasa amat penting untuk memastikan warga emas tidak hanya hidup, tetapi menjalani kehidupan yang bermakna dan bermaruah.

Sokongan daripada kerajaan juga memainkan peranan besar. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan seperti bantuan kewangan, rawatan kesihatan percuma, pusat aktiviti warga emas, dan program kesejahteraan sosial. Namun, masih banyak ruang untuk penambahbaikan, terutamanya dalam memastikan bantuan ini sampai kepada golongan sasaran dan benar-benar memberi kesan positif dalam kehidupan seharian mereka.

Pada masa yang sama, masyarakat juga harus memainkan peranan aktif. Sifat prihatin, hormat, dan empati terhadap warga emas perlu diterapkan dalam setiap lapisan masyarakat. Mereka bukan beban, tetapi permata yang perlu dihargai. Kita perlu mendengar suara mereka, memahami keperluan mereka, dan melibatkan mereka dalam aktiviti sosial agar mereka tidak rasa tersisih.

Oleh itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif bangi membantu warga emas yang layak dan memerlukan. Ini adalah maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan.

Bantuan Warga Emas (BWE) 2025

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM adalah sebuan jabatan yang telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Ia juga merupakan agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan dengan visinya sebagai peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Antara bantuan yang telah diperkenalkan adalah Bantuan Warga Emas atau BWE yang bertujuan untuk diberikan kepada warga emas supaya dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Di bawah Belanjawan 2025, kadar BWE telah dinaikkan kepada RM600 setiap bulan, berbanding RM500 setiap bulan sebelum ini.

“Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan. Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan ketimbang RM500 sebulan,” petikan dari ucapan Belanjawan 2025.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
    • Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan BWE ini boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian / Cawangan di seluruh negara.

Setiap permohonan kemudiannya akan melalui siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat lebih terperinci berkenaan Bantuan Warga Emas (BWE) ini sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *