Bantuan Kewangan BMT RM600 Telah Disalurkan & Bakinya Pada Bulan Disember Ini. Berikut Senarai Penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan BMT.

Untuk tahun ini, nampaknya hanya tinggal pembayaran untuk akhir bagi tahun 2022.  Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini.

Syarat-syarat Kelayakan BMT

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja);
  • Advertisement
    Advertisement
  • Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

Cara Semakan Penerima

Pembayaran bantuan kewangan ini akan melalui dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022 dengan jumlah setiap fasa sebanyak RM300 (jumlah keseluruhan RM600).

Kaedah pembayarannya pula adalah secara pemindahan terus ke akaun bank penerima atau secara Electronic Fund Transfer (EFT).

Bagi yang ingin membuat semakan kelulusan BMT, ia boleh dibuat secara atas talian DI SINI dan maklumat lebih teliti berkenaanya boleh dirujuk DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *