Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Kewangan Khas Minima RM1,000 Dikreditkan Disember Ini. Berikut Senarai Penerimanya

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Kewangan Khas Minima RM1,000 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Bantuan Kewangan Khas Minima RM1,000 & Senarai Penerima

Selangor umum Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2022 sebanyak dua bulan setengah gaji minima RM1,000 kepada semua anggota yang berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu tahun ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu termasuk untuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh kerajaan Persekutuan.

Advertisement
Advertisement

Tarikh Bayaran

  1. BKK kali pertama iaitu satu bulan gaji atau minimum RM1,000 sudah dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Hari Raya Aidilfitri 1443H/ 2022.
  2. BKK kali kedua pula akan dibayar pada 29 Disember depan iaitu sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM37.63 juta.
  3. Seterusnya, BKK kali ketiga iaitu insentif sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar pada Februari 2023 bagi meringankan beban penjawat menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan bulan Mac.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti maklumat berikut:

Pejabat Menteri Besar Selangor,
Tingkat 21,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55447013 / 7022
Fax: 03-55190032
E-mel : amirudinshari@selangor.gov.my

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *