Kemaskini Senarai Penuh Barang Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan RM100 ‘One-Off’
Dalam kehidupan seharian, barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, sabun, dan produk kebersihan adalah asas yang tidak dapat dielakkan. Tanpa keperluan asas ini, rutin harian pasti terganggu — dari menyediakan makanan hingga menjaga kebersihan diri dan rumah. Namun begitu, dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, harga barangan keperluan ini turut menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40.
Kenaikan kos sara hidup telah menyebabkan ramai yang terpaksa membuat pilihan lebih berhati-hati dalam perbelanjaan harian. Ramai mula beralih kepada jenama lebih murah, membeli dalam kuantiti besar, atau memanfaatkan promosi dan diskaun yang ditawarkan oleh pasar raya. Dalam masa yang sama, bantuan kerajaan dan inisiatif seperti subsidi serta program jualan murah menjadi antara langkah penting dalam meringankan beban rakyat.
Keperluan barangan harian bukan sekadar tentang memenuhi keperluan fizikal, tetapi juga mencerminkan hak kepada kehidupan yang selesa dan bermaruah. Maka, penting untuk kita terus cakna terhadap harga dan akses kepada barangan ini, agar tiada yang terpinggir dalam menikmati keperluan asas kehidupan.
Prihatin dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah atau SARA. Ini adalah maklumat tentang bantuan yang telah diperkenalkan itu.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
SARA merupakan sebuah bantuan yang diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membeli barangan keperluan harian. Bagi tahun ini, syarat-syarat kelayakan SARA ditetapkan seperti berikut:
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
- SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kadar SARA 2025
Bagi tahun 2025, kadar SARA ditetapkan dengan minima RM450 sehingga maksimum RM2,100. Pembayarannya bagaimanapun dibuat dengan kadar RM50 – RM200 setiap bulan secara dikreditkan terus ke MyKad penerima.

Akan tetapi, Perdana Menteri baru-baru ini telah mengumumkan pemberian SARA RM100 secara ‘one-off’ kepada semua rakyat Malaysia bermula pada 31 Ogos 2025 ini.
Ia merupakan ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup, selain sebagai penghargaan kepada rakyat yang memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.
Bantuan SARA ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos hingga 31 Dis 2025 untuk membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai/pasaraya terlibat seperti Mydin, Lotus’s, Econsave dan 99 Speedmart serta kedai runcit di semua daerah seluruh negara.
Senarai Penuh Barangan Yang Boleh Dibeli
Bagi barangan yang boleh dibeli melalui SARA, ia adalah daripada 14 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Cara pembelian pula adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
- Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Dimaklumkan bahawa pembelian melalui SARA adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan yang tersenarai hendaklah dibayar sendiri oleh penerima.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Info Tambahan
Selain pengumuman SARA secara ‘one-off’ pihak Kerajaan juga bersetuju mengisytiharkan tarikh 15 September 2025 (Isnin) sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Harga Petrol RON95 turut diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025. Usaha itu akan memberi manfaat kepada sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.



