RM900 Telah Mula Dikreditkan Terus Ke Akaun Bank Penerima: Ini Senarai Penuh Penerima Bantuan Sentuhan Rakyat 2025
Golongan B40 merujuk kepada 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Mereka merupakan kelompok masyarakat yang paling terkesan dengan perubahan ekonomi semasa, termasuk kenaikan kos sara hidup, inflasi, dan ketidaktentuan pasaran pekerjaan. Walaupun pelbagai bantuan kerajaan telah disalurkan, golongan ini masih menghadapi pelbagai cabaran dalam memenuhi keperluan asas harian seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.
Salah satu keperluan utama golongan B40 ialah akses kepada perumahan yang selamat dan mampu milik. Ramai dalam kalangan mereka menyewa rumah atau tinggal di kawasan berisiko seperti setinggan yang kurang kemudahan asas. Selain itu, pendidikan anak-anak menjadi cabaran besar apabila kos seperti yuran sekolah, pengangkutan dan keperluan pembelajaran terus meningkat. Jika tidak dibantu, ini boleh menyebabkan kitaran kemiskinan berterusan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Kesihatan juga merupakan satu aspek kritikal. Golongan B40 lebih cenderung untuk menangguhkan rawatan kesihatan kerana kekangan kewangan, menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit yang boleh dicegah atau dirawat lebih awal. Dalam masa sama, pekerjaan yang tidak tetap dan gaji rendah memburukkan lagi keadaan, apatah lagi jika tiada perlindungan sosial seperti insurans atau simpanan persaraan.
Oleh itu, pendekatan yang lebih holistik diperlukan untuk membantu golongan B40 keluar daripada belenggu kemiskinan. Bantuan kewangan bersasar, program latihan kemahiran, skim perlindungan kesihatan dan perumahan mampu milik adalah antara inisiatif penting yang boleh membina masa depan lebih sejahtera untuk mereka. Dengan sokongan berterusan daripada semua pihak, golongan B40 bukan sahaja dibantu untuk terus hidup, tetapi juga diberi peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Antaranya usaha yang telah dilaksanakan adalah melalui pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ia termasuklah melalui sebuah bantuan tunai di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat dan berikut adalah maklumat lanjutnya.
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SKR)
Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah sebuah bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Sabah di bawah Belanjawan 2025-nya. Tujuan utama program ini adalah bagi meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas dan membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.
Ia juga berobjektif untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah serta sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Kriteria asas
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut);
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Serta memenuhi salah satu kriteria berikut
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)*.
- Bagi kategori miskin
- Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
- Bagi kategori miskin tegar
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah / anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Pembayaran SKR 2025
Kadar SKR ditetapkan sebanyak RM300 setiap bulan dan dibayar secara terus ke akaun penerima yang layak. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank/akaun bank tidak aktif – pembayaran dibuat secara tunai kepada penerima.
Pembayarannya dibuat sebanyak empat fasa dengan kadar RM900 setiap fasa. Berikut adalah maklumatnya:
- Fasa 1 Januari – Mac : RM900
- Fasa 2 April – Jun : RM900
- Fasa 3 Julai – September : RM900
- Fasa 4 Oktober – disember : RM900
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Permohonan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SKR)
Bagi yang hendak memohon, pemohonan SKR boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Bagi permohonan baharu melalui sistem PADANS dalam Fasa 1, verifikasi permohonan akan dilakukan bermula Mac hingga April 2025. Jika Layak atau Lulus, pembayaran akan bermula pada Fasa 2 (Mei 2025).
Penerima akan menerima bayaran pada Fasa 2 sebanyak RM900 diikuti dengan bayaran RM900 bagi Fasa 3 dan RM900 bagi Fasa 4. Ini bermaksud tiada tunggakan agihan dibuat untuk Fasa 1.
Bagi maklumat lanjut dan terperinci tentang Sentuhan Kasih Rakyat (SKR), sila lihat di Portal Rasmi PADANS Sabah – DI SINI.



