Bantuan Kewangan RM2,700 untuk golongan B40: Dibayar secara ‘one-off’ kepada yang berkelayakan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan RM2,700

Bantuan kewangan sebanyak RM2,700 ini adalah sebuah inisiatif di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikenali sebagai Geran Pelancaran.

Bantuan ini diberikan secara ‘one-off’ kepada yang layak dengan objektif untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Advertisement
    Advertisement

Cara Memohon

Seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan, bantuan kewangan ini hanya diberikan kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.

Oleh hal demikian, jika seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh  mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sekiranya mereka layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan, maka mereka boleh membuat permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Seperti mana bantuan-bantuan lain di bawah JKM, permohonan Geran Pelancaran hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *