Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 RM150-RM800 Dikreditkan Sebelum Hari Raya Korban. Ini Jadual Penuhnya

Pihak kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bertujuan membantu mereka yang berkelayakan.

Sukacita dimaklumkan bahawa salah satunya adalah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mereka yang berkelayakan.

Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari 2023 dengan kadar sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM100 kepada bujang.

Manakala, pembayaran STR Fasa 2 pula telah dibayar bermula pada 5 April 2023 dengan kadar RM200 kepada setiap kategori penerima.

Tentang STR Fasa 3 pula, ia akan melibatkan jumlah-jumlah berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0:
     Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Tarikh Pembayaran

Untuk maklumat semua, pembayaran STR Fasa 3 dijadualkan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha – seperti mana yang diumumkan baru-baru ini.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berkenaan dengan kaedah pembayaran pula, ia akan dibuat seperti mana sebelumnya iatu secara kredit terus ke akaun bank penerima.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif, penebusan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *