Individu Yang Berpendapatan Kurang RM5,000 Sebulan Boleh Mohon Bantuan GAM Sehingga RM20,000. Ini Cara Memohon

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan Bantuan Kewangan GAM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Bantuan Kewangan GAM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini meliputi:

  1. Geran Agropreneur Muda (GAM)
    • Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada Agropreneur Muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan.
    • Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik.
    • Hasil dan impak pemberian geran diharap dapat memberi kesan jangkamasa panjang pada perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.
  2. Pembiayaan
    Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut:
  • TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
  • Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
  1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan 
    • Khidmat secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat yang dilantik oleh MAFI berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Kumpulan Sasar
Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 – 40 tahun.

Cara Memohon

Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MAFI atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut:

  • Borang UAM 01/14 (pin.02/18) berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran pasport;
  • Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk Lampiran 1);
  • Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 (pin.02/18) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
  • Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MAFI; atau
  • Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *