Bantuan Sehingga RM2,500 KWSP. Berikut Cara Mendapat Manfaat & Syarat Kelayakan

Walaupun kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP seperti sebelum ini, namun banyak lagi manfaat kepada pencarum yang ramai tidak tahu. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah skim yang dikenali sebagai i-Suri.

Skim ini akan menyediakan pelbagai manfaat seperti yang diterangkan di bawah ini. Pihak kami akan berkongsi kepada anda syarat kelayakan, faedah dan cara untuk membuat permohonan.

Syarat Kelayakan i-Suri KWSP

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 november 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 Sebulan atau RM60 Setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR/Wanita (KIR)
  • Belum mencapai umur 60 tahun

Manfaat & Faedah i-Suri KWSP Bantuan Kematian RM2,500

Berikut adalah manfaat yang akan diperolehi jika mencarum:

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak RM40 sebulan tertakluk kepada jumpa maksimum RM480 setahun
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian RM2,500

Cara Membuat Permohonan i-Suri KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut

Cara Membuat Bayaran

Berikut adalah cara untuk membuat bayaran:

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bang yang dilantik MBB atau PBB

*KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari Sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai Sehingga Disember setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam akaun 1 ahli (Akaun Persaraan dan Akaun 2)

Siapa Yang Boleh Mencarum?

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

*Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya anda sudah mendaftar dengan insentif persaaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan i-Suri

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh melayari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *