Bantuan Aidilfitri RM700 untuk rakyat Malaysia: Ini senarai penerima & tarikh rasmi pembayaran

Setiap tahun, Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.

Untuk Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Bantuan Aidilfitri

Dalam peruntukan di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan setuju memperkenalkan Bantuan Khas Aidilfitri bersempena dengan sambutan hari mulia itu tahun ini.

Bantuan ini akan melibatkan jumlah bantuan sebanyak RM700 dan RM350 kepada mereka yang berkelayakan.

RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, bantuan sebanyak RM350 pula akan disalurkan kepada para pesara Kerajaan.

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan,” katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Tarikh Pembayaran

Seperti mana yang dimaklumkan di Dewan Rakyat, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada bulan April 2023.

Kaedah pembayaran pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima seperti mana bantuan-bantuan khas sebelum ini.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut bersetuju memberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 ke Akaun 1 KWSP kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000.

Bagi info yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *