Diberikan sehingga akhir tahun ini: Cara memohon Bantuan RM75 – RM250 untuk rakyat Malaysia

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan setuju memperkenalkan sebuah skim bantuan baru bagi membantu mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan skim ini: –

Bantuan RM75 – RM250

Pada bulan ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Skim Perubatan MADANI. Skim ini merupakan sebuah inisiatif rintis oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40.

Melaluinya, para penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

Manfaat Utama

Manfaat utama skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara percuma di klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

Manfaat itu adalah dengan kadar sebanyak RM250 bagi isi rumah berkeluarga; RM125 untuk warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 kepada golongan bujang.

Advertisement
Advertisement

Rawatan percuma itu merangkumi masalah-masalah kesihatan berikut:

  • Demam dan Selsema;
  • Cirit Birit dan Muntah;
  • Terseliuh;
  • Sakit Kepala;
  • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semak Kelayakan

Tatacara memanfaatkan skim ini adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di laman sesawang (semak DI SINI);
  • Langkah 2: HHadir ke mana-mana Klinik Swasta yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan (semak senarai Klinik DI SINI);
  • Langkah 3: Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma;
  • Langkah 4: Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di portal rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *