Bantuan Kewangan i-Belia RM150 telah Dibuka. Ini Senarai Penerima & Cara Memohon
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan Bantuan Kewangan i-Belia yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Bantuan Kewangan i-Belia yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
RM150 secara one-off
Syarat Kelayakan
Syarat permohonan ini adalah bergantung kepada kaetgori iaitu:
i) Kategori Belia Bujang
- Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
- Status permohonan masih bujang pada tarikh permohonan.
- Bagi pemohon yang bekerja, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
- Bagi pemohon yang belum bekerja, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (jumlah pendapatan ibu bapa/penjaga).
- Kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan tidak layak memohon.
- Pemohon berstatus mahasiswa tidak layak memohon bagi kategori bujang.
ii) Kategori Belia Bujang (Perantau)
- Anak jati Terengganu yang tinggal di luar Negeri Terengganu (perantau).
- Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
- Status permohonan masih bujang pada tarikh permohonan.
- Bagi pemohon yang bekerja, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
- Bagi pemohon yang belum bekerja, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (jumlah pendapatan ibu bapa/penjaga).
- Kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan tidak layak memohon.
- Pemohon berstatus mahasiswa tidak layak memohon bagi kategori bujang.
iii) Kategori Mahasiswa dan Mahasiswa (Perantau)
- Berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun.
- Pemohon adalah seorang mahasiswa yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di Malaysia.
Cara Memohon Jawatan
Permohonan boleh dibuata menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/.
- Klik bahagian ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
- Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang ‘Mohon’ pada ruangan Pencen Rakyat.
- Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Berikutnya.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.
- Klik butang ‘Simpan dan Cetak.’
- Lengkapkan lampiran yang diperlukan.