Bantuan RM2,700 Sekaligus Kepada Kategori Penerima Yang Layak. Berikut Maklumat Penuh & Syarat Kelayakan

Terdapat pelbagai misi untuk dicapai bagi setiap bantuan atau inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan. Bantuan kewangan bukan sekadar untuk membantu setiap tahun, tetapi juga ingin memberi galakan bagi sesetengah individu ke arah menjana pendapatan sendiri dan berdikari pada masa akan datang.

Oleh itu, pihak kerajaan ada menyediakan beberapa jenis bantuan untuk mereka yang ingin memulakan langkah untuk menjana pendapatan mereka sendiri. Antara bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:

Bantuan RM2,700 Sekali Bayar

Bantuan ini dinamakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Geran Pelancaran.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan adalah sejumlah maksimum RM2,700 sekaligus.

Tujuan Bantuan

Setiap bantuan mempunyai tujuannya. Untuk bantuan Geran Pelancaran RM2,700 ini. Berikut merupakan senarai tujuan bantuan ini diberikan:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah ber dikari.

Kriteria-Kriteria Kelayakan Khusus

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

Cara Memohon Bantuan

Untuk maklumat semua, pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Oleh itu, urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Manfaat Belanjawan 2024

Terdapat pelbagai manfaat dalam Belanjawan 2024 untuk rakyat Malaysia. Manfaat bantuan ini meliputi kategori bantuan yang pelbagai seperti:

  • Kewangan & Sara Hidup
  • Kesihatan
  • Perumahan
  • Pekerjaan dan Pendapatan
  • Pendidikan dan Latihan
  • Penjagaan Anak
  • Orang Kurang Upaya
  • Warga Emas

Untuk mereka yang mahu mengetahui mengenai setiap bantuan yang disediakan, anda boleh merujuk di laman web berikut: https://manfaat.mof.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *