Bayaran STR Fasa 4 kepada B40 & M40: Senarai mereka yang layak menerima RM900 & RM1,200

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan STR

STR adalah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 berkelayakan. Antara penerimanya merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun disalurkan kepada yang layak. STR Fasa 3 sebagai contoh telah dikreditkan sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

Bayaran STR Fasa 4

STR Fasa 4 akan dibayar dengan kadar antara RM200 hingga RM1,200. Berikut adalah senarai penerima dan jumlah bayarannya STR Fasa 4:

Isi Rumah Pendapatan RM2, 500 & ke bawah

Advertisement

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas:
    Advertisement
     RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Cara Memohon

Berdasarkan maklumat, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Kerajaan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tentang kaedah pembayaran pula, ia akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *