Bantuan Tunai Sehingga RM1,200 Untuk B40 & M40 Bagi Tahun 2023. Berikut Senarai Penerima

Bantuan dalam bentuk tunai merupakan inisiatif yang sentiasa diteruskan setiap tahun. Ini kerana ia begitu penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Untuk B40 & M40

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan kategori B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun disalurkan kepada yang layak. Pembayaran STR Fasa 3 seperti mana yang semua maklum telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.

Advertisement
Advertisement

Jumlah STR Bagi Fasa 4

Bagi pembayaran STR Fasa 4, berikut adalah maklumat pembayaran dan senarai penerima:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keputusan terkini Kerajaan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *