Bantuan Khas Tunai RM300 telah dikreditkan secara ‘one-off’: Senarai penuh penerimanya
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Khas RM300
Pada bulan Ogos 2023, pihak Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada yang layak.
Tidak lama selepas itu, Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan dengan kadar RM300.
Bantuan khas ini diberikan kepada para Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Kelantan 2023.
Secara lebih teliti, mereka yang layak adalah para Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana Gred 56 serta ke bawah.
Bantuan ini turut diberikan kepada kepada pegawai-pegawai lantikan politik dan kontrak MySTEP.
Malah, ahli-ahli majlis, penghulu halaqat, penyelaras teknologi komunikasi dan makmumat (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN), guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan juga layak menerima bayaran bantuan khas tersebut.
Ia diperkenalkan sebagai penghargaan atas komitmen mereka sepanjang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat daripada Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bilangan 10 Tahun 2023 (Kerajaan Negeri Kelantan), pembayaran bantuan khas ini dibuat pada 22 September 2023.
Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat – DI SINI.