STR Fasa Akhir tahun ini dikreditkan bulan depan: Senarai penuh penerima RM900 & RM1,200
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
STR Fasa Akhir 2023
STR adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada kalangan B40 dan M40 berkelayakan. Penerimanya merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
Seperti mana semua sedia maklum, pemberian STR bagi tahun 2023 adalah sebanyak empat fasa. Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dikreditkan kepada yang layak.
Oleh itu, hanya berbaki Fasa 4 sahaja lagi yang belum disalurkan kepada penerimanya bagi tahun ini.
Kadar Bayaran STR
Bagi pembayaran STR Fasa 4, ia akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan dengan kadar-kadar berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2, 500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4:RM900Advertisement
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Seperti mana maklumat dari Portal Rasmi STR, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada November 2023. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman pihak Kerajaan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Berkenaan kaedah pembayaran STR, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.