Bantuan Tunai Rakyat RM100-RM300 Dikreditkan pada BULAN INI. Berikut Syarat Kelayakan & Senarai Penerima
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, bantuan kewangan sangat penting bagi menampung kehidupan seharian sesetengah rakyat Malaysia.
Alhamdulillah. Kerajaan persekutuan dan negeri masih lagi prihatin untuk menyalurkan pelbagai bantuan kewangan untuk mengurangkan beban rakyat yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Tunai Rakyat yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Bantuan Tunai Rakyat & Senarai Penerima
Ini merupakan berita gembira apabila kerajaan akan meneruskan bantuan kepada mangsa banjir termasuk Bantuan Tunai Rakyat RM100-RM300. Setiap isi rumah akan menerima RM300, manakala kategori bujang RM100.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Tarikh Bayaran Bantuan
Bantuan sebelum ini akan diteruskan (dengan) bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.
Bayaran Fasa 1 Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 adalah pada Januari 2023. Pemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.
Cara Semakan
Semakan boleh dilakukan dan melayari laman web berikut: https://bkm.hasil.gov.my
Maklumat Lanjut
Buat masa ini belum ada maklumat lanjut mengenai bantuan ini. Namum begitu, bantuan ini adalah kesinambungan daripada Bantuan Keluarga Malaysia yang diteruskan namun, bayarannya akan dipercepatkan.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti maklumat di bawah:
Alamat: Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA.
Telefon: 03-8000 8000
Kerajaan akan mengumumkan mengenai bantuan ini dari semasa ke semasa.