Cara membuat Pengeluaran KWSP secara online kepada mereka yang belum berusia 55 tahun

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya termasuklah dengan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar; i-Lestari dan i-Citra sebelum ini.

Namun begitu, sebenarnya terdapat pelbagai lagi perkara yang membenarkan para ahli membuat pengeluaran mereka, walaupun belum berusia 55 tahun.

Berikut adalah senarainya: –

Beli dan Bina Rumah

Dimaklumkan bahawa, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan mereka di Akaun 2 bagi tujuan membeli atau membina rumah. Rumah yang ingin dibeli merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Manakala, bagi pembinaan rumah pula – ahli atau pasangan ahli hendaklah membeli/memiliki tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.

Membiayai Pendidikan

Para ahli juga boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 simpanan mereka bagi tujuan membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Membayar Ansuran Pinjaman Perumahan

Bagi meringankan beban ahli dalam membayar ansuran pinjaman perumahan, pengeluaran dari Akaun 2 adalah diizinkan bagi membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Menunaikan Haji

Untuk ahli beragama Islam dan terpilih untuk menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah, pengeluaran daripada simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan adalah dibenarkan.

Cara Membuat Pengeluaran

Bagi ahli yang mempunyai simpanan dan ingin membuat pengeluaran bagi tujuan-tujuan di atas ini, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem i-Akaun.

Dalam masa sama, permohonan juga boleh dikemukakan melalui kaunter-kaunter Cawangan KWSP di seluruh negara.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan perkara ini, sila buat rujukan di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *