Pos Aviation Sdn Bhd kini sedang membuka banyak kekosongan jawatan terkini dan akan menganjurkan Temuduga Terbuka untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong Pos Aviation
RAMP SERVICE ASSISTANT (KLIA & KLIA 2)
Taraf Jawatan: Tetap
Kekosongan: 20
Gaji: RM1,950
Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia;
Sekurang-kurangnya tamat persekolahan sekolah menengah, minimum SPM/SAP/SPMV/SKM/STPM atau setaraf;
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat dengan membawa dokumen-dokumen berikut ketika menghadiri temuduga:
Borang permohonan secara atas talian (online) yang telah diisi dan cetak (DI SINI);
Resume terkini/ CV;
Dokumen asal dan salinan Kad Pengenalan, lesen memandu dan sijil – sijil akademik (Contoh: Sijil SPM & Sijil Berhenti Sekolah).
Maklumat temuduga adalah seperti di bawah:
Tarikh: 15 & 16 Februari 2023
Masa: 9 pagi – 12 tengah hari
Alamat: Pos Aviation Sdn. Bhd. Ibu Pejabat /katering, Jalan KLIA S6, Southern Support Zone, 64000 Klia, Sepang, Selangor.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh dibuat DI SINI.