Dikreditkan pada minggu depan: Ini senarai penerima Bantuan Kewangan BKK RM700 & RM350

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diberikan kepada mereka yang layak dengan nilai tertentu seperti mana ditetapkan melalui Bajet Mini 2023.

Berikut ialah penerangan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Kewangan BKK

Pada 20 Disember tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan bahawa Kerajaan setuju memperuntukkan dana bagi melaksanakan Bantuan Khas Kewangan atau BKK.

Bantuan ini pada asasnya melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM700 dan RM350 kepada mereka yang berkelayakan:

  • RM700: Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah.
  • RM350: Kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.

Dalam masa sama, bantuan RM700 ini juga akan diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana termasuk pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).

Pegawai lantikan MySTEP yang berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada tahun 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Januari 2023 turut layak menerima bantuan ini.

Manakala, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen pun termasuk layak menerima bantuan RM350.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Tarikh Pembayaran Bantuan Kewangan BKK

Berkenaan tarikh pembayarannya, ia akan dilaksanakan pada 17 Januari 2023 seperti mana yang diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Semakan pembayaran boleh dibuat melalui akaun bank bagi penerimaan gaji atau pencen masing-masing pada hari berkenaan atau keesokan harinya.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, boleh dibaca di Portal Rasmi JAP – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *