Permohonan sebagai Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara dibuka: Tarikh tutup 16 April 2022

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong

PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA

  • Klasifikasi Perkhidmatan: PENGANGKUTAN (A)
  • Jenis Skim Perkhidmatan: Pelaksana

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred A29: RM1,943.57). dan
    • Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
    • Advertisement
      Advertisement
    • Lulus pemeriksaan perubatan Aviation Medical Examination Class III seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik; dan
    • Hadir dan lulus kursus asas Kawalan Trafik Udara dalam bidang Aerodrome Control dan Primary Air Traffic Control.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan boleh dikemukakan secara atas talian di Portal e-recruitment CAAM – DI SINI.

Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 APRIL 2022, SABTU (11.59 MALAM).

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *