Senarai penerima STR RM500 yang dibayar bulan depan (Februari 2024): Semak sekarang
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan di bawah Belanjawan 2024.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Bantuan STR
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40. Ia diberikan dengan nilai-nilai tertentu kepada penerima yang layak berdasarkan tangga pendapatan dan tanggungan.
Hikmah penyasaran semula subsidi juga telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bantuan ini akan melibatkan pembayaran secara berperingkat sebanyak empat fasa. Bagi pembayaran Fasa 1, ia akan dibuat pada bulan kepada penerima yang layak.
STR Fasa 1
Berikut adalah kadar dan senarai penerima STR Fasa 1:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1 – 2: RM500
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM500
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0:
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM100
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM150
Semak Kelulusan
Bagi semakan kelulusan STR, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatara berikut:
- Log masuk;
- Klik menu ‘Semakan Permohonan’.
Pembayaran STR akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Selain itu, permohonan STR juga dibuka sepanjang tahun mulai 01 November 2023. Oleh hal demikian, pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Berikut adalah kategori permohonan yang dibuka sepanjang tempoh permohonan STR 2024:
- Pemohonan Baharu;
- Kemas Kini Permohonan;
- Permohonan Rayuan / Rayuan Tambahan;
- Perubahan Maklumat Asas Permohonan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.