Bantuan Tunai RM150-RM1,200 Yang Dikreditkan Ke Dalam Mykad atau IC Kembali Bermula Hari Ini (22 Januari). Berikut Kadar Bantuan & Senarai Penerima
Berita baik untuk semua apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bahawa Program Subsidi Bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini (22 Januari 2024) secara berperingkat.
Pembahbaikan Sumbangan Asas Rahmah
Program SARA telah ditambah baik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, berbanding perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas. Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, berbanding 210,000 pada tahun lalu.
Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas.
Bantuan RM100 Setiap Bulan
Berikut jadual bagi kategori, bilangan penerima dan kadar bantuan:
Kriteria-Kriteria Kelayakan Penerima
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Prosedur Bantuan Disalurkan
Pelaksanaan SARA akan dibuat secara kredit ke MyKad penerima dengan kadar RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200).
Mereka yang layak kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan
menggunakan myKad.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.
Maklumat Data e-Kasih
Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.
eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.
Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).
Penafian
Lama sesawang ini hanya berkongsi maklumat mengenai bantuan. Segala permohonan dan hal berkaitan perlulah dirujuk dan melayari laman sesawang asal bantuan.