Khas untuk isi rumah B40: Ini cara buat permohonan Bantuan e-Dompet RM300 setiap bulan
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya adalah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINKAS) yang melibatkan bantuan kewangan berbentuk e-Dompet sebanyak RM300 yang dikreditkan setiap bulan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Bantuan e-dompet RM300
BINGKAS bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup dapat terus makmur.
Manfaat utama BINGKAS adalah:
- E-Dompet BINGKAS boleh digunakan di kedai dan pasaran berdaftar;
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai;
- Had bulanan pembelian barangan keperluan sebanyak RM300;
- Baki nilai terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan;
- e-Wallet akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
Syarat-syarat BINGKAS
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
- Keluarga mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000/sebulan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Dikreditkan pada minggu depan: Ini senarai penerima Bantuan Kewangan BKK RM700 & RM350
- Bantuan Tunai Rakyat RM100-RM300 Dikreditkan pada BULAN INI. Berikut Syarat Kelayakan & Senarai Penerima
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.
Pemohon juga hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti mana yang ditetapkan ketika membuat permohonan.
Bagi maklumat lengkap tentang BINGKAS dan permohonan, ia boleh diteliti DI SINI.