Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 diberikan secara ‘one-off’: Senarai penerima B40 yang layak

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Geran Pelancaran

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Geran Pelancaran. Kadar bantuan geran ini adalah sebanyak RM2,700 dan akan diberikan secara sekaligus (one-off) kepada yang layak.

Pada asasnya, bantuan dari JKM ini bertujuan untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Advertisement
    Advertisement

Cara Memohon

Seperti yang dimaklumkan di syarat-syarat kelayakan, bantuan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.

Oleh hal demikian, jika seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu – sebelum membuat permohonan Geran Pelancaran.

Sekiranya mereka layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan bulanan, maka selepas itu mereka boleh mengemukakan permohonan Geran Pelancaran.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *