Bantuan Khas RM350-RM700 Disalurkan Pada 17 Januari Ini. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, bantuan kewangan sangat penting bagi menampung kehidupan seharian sesetengah rakyat Malaysia.
Alhamdulillah. Kerajaan persekutuan dan negeri masih lagi prihatin untuk menyalurkan pelbagai bantuan kewangan untuk mengurangkan beban rakyat yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Khas yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Bantuan Khas & Senarai Penerima
Ini merupakan berita gembira apabila kerajaan akan meneruskan bantuan khas untuk pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan.
- Bantuan Khas RM700 akan dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah
- Bantuan Khas RM350 akan dibayar kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.
- Bantuan Khas RM350 adalah pesara perkhidmatan awam Skim KWSP serta veteran berpencen dan tidak berpencen.
Tarikh Bayaran Bantuan
Akan dibayar pada 17 Januari 2023. Pemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Buat masa ini belum ada maklumat lanjut mengenai bantuan ini. Namun begitu, bantuan ini adalah kesinambungan daripada Bantuan Khas yang diteruskan namun, bayarannya akan dipercepatkan.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti maklumat di bawah:
Alamat: Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA.
Telefon: 03-8000 8000
Kerajaan akan mengumumkan mengenai bantuan ini dari semasa ke semasa.