Bantuan STR RM1,200 dikreditkan kepada rakyat Malaysia bulan depan: Senarai penuh penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada kalangan B40 dan M40 berkelayakan. Penerimanya merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun disalurkan kepada yang layak. STR Fasa 3 misalnya telah dikreditkan sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

STR Fasa 4

Oleh hal demikian, bagi tahun 2023 ini  – hanya berbaki satu lagi fasa iaitu STR Fasa 4. Berikut adalah maklumat pembayaran dan penerima STR Fasa 4:

Isi Rumah Pendapatan RM2, 500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman pihak Kerajaan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berkenaan kaedah pembayaran STR, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *