Pengambilan Jawatan Kosong JAKOA: Kelayakan SPM – Diploma, Ambilan Sesi Julai 2024

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kini sedang membuka pengambilan banyak kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka:

Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

  1. PENGATURCARA SISTEM
    • Taraf: Kontrak (Personel MySTEP)
    • Gaji: RM1,900/sebulan
  2. PENOLONG TEKNIKAL JURUTERA
    • Taraf: Kontrak (Personel MySTEP)
    • Gaji: RM1,900/sebulan
  3. PEMBANTU PENTADBIRAN PEJABAT
    • Taraf: Kontrak (Personel MySTEP)
    • Gaji: RM1,700/sebulan

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas pada 26 Jun 2024;
  • Memiliki kelayakan akademik sebagaimana yang dinyatakan di dalam jadual;
  • Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Word, Power Point, Excel);
  • Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin;
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Masyarakat Orang Asli adalah satu kelebihan.

Senarai Tugas

  1. PENGATURCARA SISTEM
    • Membantu melaksanakan pembangunan sistem;
    • Membantu melaksanakan penambahbaikan sistem;
    • Membantu melaksanakan penyelenggaraan sistem;
    • Membantu menyediakan pelaporan sistem.
  2. PENOLONG TEKNIKAL JURUTERA
    • Membantu menyediakan lukisan pelan / projek;
    • Membantu penyelia pengurusan kontrak pembangunan;
    • Membantu di dalam urusan audit kualiti;
    • Membantu menyediakan dokumen dan rekod surat, tuntutan projerk dan prestasi projek;
    • Membantu menyelaras urusan projek Bersama Jabatan / agensi luar;
    • Membantu menyediakan laporan siasatan projek.
  3. PEMBANTU PENTADBIRAN PEJABAT
    • Membantu pentadbiran surat keluar dan masuk;
    • Membantu pentadbiran dan pengurusan fail;
    • Membantu penyediaan / lengkapan latihan / kursus / mesyuarat;
    • Membantu pengemaskinian data Jabatan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan JAKOA dan dilampirkan bersama gambar terkini berukuran pasport. Ia seterusnya perlu dihantar melalui e-mel: pengambilan@jakoa.gov.my

atau ke alamat berikut:

๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข
(๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š & ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก)
๐’๐ž๐ค๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š
๐€๐ซ๐š๐ฌ ๐Ÿ—, ๐๐ฅ๐จ๐ค ๐€, ๐๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐ง๐š ๐๐ฃ๐‡
๐‹๐จ๐ญ ๐Ÿ๐‚๐Ÿ“, ๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐ง๐ญ ๐Ÿ, ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐“๐ฎ๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐‘๐š๐ณ๐š๐ค
๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง
๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat minggu dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan dibuka sehingga 03 JULAI 2024.ย 

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh ditelitiย DI SINI.

Jabatan Kemajuan Orang Asli atau JAKOA adalah sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli di negara ini. JAKOA juga merupakan nama baru bagi menggantikan nama lama iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melalui proses penjenamaan semula yang berkuatkuasa penggunaannya mulai 15 Januari 2011.

Matlamat utama jabatan ini adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh; melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan.

Ia bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluas kemudahan prasarana dan ameniti sosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti, dengan harapan ia akan melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik. JAKOA turut memberi penekanan terhadap pemeliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *