Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM200 dibayar selama 4 bulan: Ini jumlah keseluruhan & penerima
Untuk membantu mereka yang memerlukan dan sesuai dengan keperluan semasa, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan.
Antaranya termasuklah sebuah insiatif yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan dengan bantuan tunai ini: –
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023. Bantuan ini diuruskan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Ia diwujudkan bagi membantu para penoreh getah menghadapi musim tengkujuh yang semestinya merupakan sebuah cabaran dan dapat menjejaskan pendapatan mereka.
Syarat-syarat Kelayakan
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat
Kadar Bayaran BMT
Pembayaran BMT dibuat secara berfasa iaitu sebanyak empat kali bermula pada November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa/bulan, penerima akan dikreditkan tunai sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan RM800.
Sebenarnya, kadar BMT ini telah menyaksikan peningkatan, kerana jumlah bayaran sebelum ini (tahun 2022) hanya sebanyak RM600.
Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang menepati syarat-syarat dan diluluskan permohonan mereka.
Dalam masa sama, di bawah Belanjawan 2024 – pihak Kerajaan telah pun mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran Januari 2024.
IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3.00 sekilogram atau ke bawah.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lebih teliti berkenaan manfaat-manfaat di bawah Belanjawan 2024 boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.