STR Fasa 2 dibayar esok: Ini senarai penerima yang layak, jumlah & cara pembayarannya
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan dan diberikan berdasarkan pendapatan serta tanggungan setiap penerima khususnya dari kalamgan B40 dan M40.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan di bawah Belanjawan 2024. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 yang menepati syarat-syarat kelayakan. Ia juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Ia juga berobjektif untuk membantu mereka yang memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup, melalui empat fasa pembayaran bagi tahun 2024 ini.
Malah, hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Syarat-syarat Kelayakan
- Isi RumahKahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada PasanganBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- BujangBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Pembayaran STR
Seperti semua sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 telah pun dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari 2024 lalu. Bagi pembayaran STR Fasa 2 pula, pembayarannya akan mula dibuat pada 3 April 2024 ini, secara berperingkat.
Pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Berikut adalah maklumat pembayaran bagi STR Fasa 2:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawahBilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM300
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM650
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawahJumlah STR Fasa 2: RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawahJumlah STR: RM150
Untuk makluman, permohonan STR dibuka sepanjang tahun dan boleh dikemukakan secara atas talian (online) atau manual (borang kertas):
- Permohonan Secara Dalam TalianPortal Rasmi STR, atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang KertasBorang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di: Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.