Senarai penerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,000 – RM1,500 tahun ini (2024) & tarikh pembayaran

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Tujuan bantuan-bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban kewangan mereka di masa-masa tertentu, khususnya di musim perayaan.

Ia termasuklah bantuan-bantuan Raya Aidilfitri yang akan di sambut pada bulan April depan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan-bantuan hari raya yang diperkenalkan: –

Bantuan – Bantuan Hari Raya Aidilfitri

Untuk pengetahuan semua, beberapa buah negeri telah pun mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri dengan kadar yang berbeza-beza. Negeri pertama yang mengumumkan bantuan ini adalah Pulau Pinang dengan kadar setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM1,200.

Bantuan ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang juga merupakan nadi penggerak kerajaan negeri. Dalam masa sama, bantuan sebanyak RM300 pula diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Termasuk juga kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

Negeri seterusnya adalah Perak dengan kadar Bantuan Khas Kewangan Raya sebanyak RM1,000. Bantuan ini diberikan kepada semua penjawat awam negeri ini, termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, pekerja sambilan harian dan Ketua Kampung.

Selangor turut mengumumkan bantuan sama, tapi dengan kadar sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri).

Advertisement
Advertisement

Dalam masa sama, insentif elaun sebulan pula disumbangkan kepada para pemimpin masyarakat lantikan negeri seperti pengerusi, setiausaha majlis pengurusan komuniti kampung ketua komuniti India, penyelia Wanita Berdaya Selangor, Penggerak Belia Selangor dan ahli majlis.

Nazir, imam, bilal, siak, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negeri Selangor pula akan menerima bantuan RM500.

Di samping itu, seramai 17,704 penjawat awam Johor termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri akan menerima Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri pada kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.

Tarikh Pembayaran

Berkenaan tarikh pembayaran, bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Pulau Pinang telah pun dibayar kepada setiap penerimanya pada 15 Mac 2024 lalu. Manakala, bagi pembayaran negeri Selangor pula, ia akan dilaksanakan pada 8 April depan.

Untuk negeri Perak dan Johor, pembayaran akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dimaklumkan juga bahawa bantuan khas perayaan ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan ia dikreditkan terus ke akaun penerima secara ‘one-off’.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berdasarkan jangkaan, sambutan Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada 10 April nanti. Akan tetapi, tarikh tepat hanya akan diketahui selepas pengumuman rasmi. Diharapkan dengan pemberian bantuan hari raya ini – ia akan dimanfaatkan sebaiknya dan dapat memeriahkan lagi sambutan hari mulia itu.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *