Kerajaan setuju luluskan Bantuan RM300 dan dibayar bulan ini: Berikut senarai penerimanya

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan setuju memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang memberikan kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan bantuan kewangan ini: –

Kadar Bantuan BMT

Kadar BMT yang ditetapkan untuk tahun ini adalah sebanyak RM800 dan akan dibayar sebanyak 3 fasa dengan pecahan berikut:

  • Fasa 1 (Januari 2023): RM300
  • Fasa 2 (Februari 2023): RM300
  • Fasa 3 (Mac 2023): RM200

Senarai Penerima BMT

Pemberian BMT ini akan diberikan kepada para peneroka getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Peneroka yang menghantar hasil ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) FELDA;
  • Peneroka bersama FELDA tetapi hasil terjejas atas sebab masalah buruh dan penyakit getah;
  • Peneroka yang sedang terlibat dalam Program Pembangunan Tanam Semula Getah bersama FELDA.
  • Advertisement
    Advertisement

Berdasarkan kenyataan FELDA, BMT ini melibatkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta dan akan memanfaat 12,138 peneroka tanaman getah seluruh negara.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Keadah Pembayaran

Pembayaran BMT ini akan disalurkan terus ke akaun bank peneroka yang terbabit. Bantuan yang menggunakan sepenuhnya dana dalaman FELDA ini diharap boleh meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh ini.

“Bantuan ini juga adalah cerminan komitmen FELDA untuk terus memberikan bantuan secara bersasar kepada kategori peneroka yang terkesan,” petikan dari kenyataan FELDA.

Sumber: FELDA & BH Online.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *