Cara Guna Bantuan e-Dompet RM300 yang Dikreditkan Bulan Ini (November 2025)

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, keperluan barangan harian menjadi antara isu paling besar yang memberi tekanan kepada golongan B40. Kumpulan berpendapatan rendah ini bukan sahaja berdepan kos sara hidup yang meningkat saban tahun, malah turut terpaksa menguruskan perbelanjaan asas dengan sangat berhati-hati bagi memastikan setiap ringgit dibelanjakan secara berhemah.

Barangan harian seperti beras, minyak masak, gula, roti, pakaian asas, sabun, lampin pakai buang, makanan bayi, dan keperluan kebersihan diri merupakan keperluan paling penting yang tidak boleh dikurangkan, walaupun dalam keadaan kewangan yang ketat. Justeru, sebarang peningkatan harga walaupun sedikit tetap memberi kesan ketara kepada kesejahteraan hidup mereka.

Bagi keluarga B40, keperluan harian bukan sekadar barang untuk digunakan, tetapi merupakan komponen penting yang menentukan tahap kualiti hidup. Contohnya, makanan berkhasiat merupakan asas kesihatan tubuh badan, terutama bagi keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga emas.

Namun, apabila harga barang basah seperti ayam, sayur-sayuran, susu dan telur meningkat, mereka sering terpaksa memilih alternatif yang lebih murah walaupun kurang berkhasiat. Sikap “asal ada” ini akhirnya boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang. Begitu juga dengan keperluan rumah tangga seperti detergen, tisu, dan produk pembersihan yang kini semakin mahal. Walaupun nampak kecil, barangan ini sebenarnya penting untuk memastikan kebersihan dan keselesaan dalam keluarga.

Dalam masa yang sama, komitmen bulanan seperti sewa rumah, bil utiliti, tambang pengangkutan dan perbelanjaan pendidikan anak-anak juga tidak boleh dielakkan. Kesemuanya bergantung kepada aliran tunai yang sangat terhad. Oleh itu, golongan B40 terpaksa mencari jalan untuk menjimatkan perbelanjaan harian, termasuk membeli barang dalam kuantiti kecil, menunggu jualan murah, atau membuat perbandingan harga di beberapa kedai sebelum membuat keputusan.

Keperluan barangan harian sebenarnya menggambarkan realiti kehidupan rakyat berpendapatan rendah. Ia bukan sekadar isu ekonomi, tetapi isu sosial yang melibatkan kesejahteraan keluarga, masa depan anak-anak, serta keseluruhan kualiti hidup. Justeru, memahami keperluan harian golongan B40 adalah langkah penting bagi memastikan dasar dan inisiatif dapat dirangka dengan lebih tepat, menyeluruh dan berkesan bagi membantu golongan yang paling memerlukan ini.

Antara usaha bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya dalam kalangan B40 dalam hal ini adalah melalui sebuah bantuan berbentuk e-Dompet. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan berkenaan.

Bantuan e-Dompet RM300

Bantuan e-Dompet yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau dikenali sebagai BINGKAS. Bantuan ini adalah sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan beban bulanan ketua isi rumah B40 di  negeri berkenaan.

Melaluinya, mereka yang layak dan diluluskan permohonan mereka akan menerima bantuan e-Dompet sebanyak RM300 setiap bulan. Bantuan itu kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai anak / tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Cara Memohon

Bagi permohonan bantuan ini, ia boleh dikemukakan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi BINGKAS atau melalui Aplikasi Selangkah. Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan / atau Pasangan);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Cara Menggunakan Bantuan e-Dompet

Setiap penerima BINGKAS, mereka akan menerima bantuan ini dalam bentuk e-Dompet dan boleh membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, roti, rempah ratus, kicap, sos, sayur-sayuran, buah-buahan, biskut, telur, minyak masak, tepung, dan sebagainya (sila rujuk portal rasmi BINGKAS bagi senarai penuh barangan yang ditetapkan).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara pembelian pula adalah dengan langkah-langkah berikut:

  • Penerima mengunjungi mana-mana panel kedai program BINGKAS;
  • Penerima memilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang mengimbas ID penerima di aplikasi Selangkah untuk tujuan pengesahan;
  • Juruwang melakukan saringan terhadap barangan yang hendak dibeli sama ada tersenarai di bawah program BINGKAS;
  • Penerima memastikan baki BINGKAS mencukupi;
  • Pengguna mengetik butang ‘Bayar’ di aplikasi;
  • Penerima memasukkan nombor pin 6 digit bagi pengesahan;
  • Kod QR terpapar di skrin aplikasi dan juruwang mengimbas kod QR tersebut bagi menerima bayaran.

 

Untuk maklumat lebih terperinci dan lengkap berkenaan BINGKAS, sila rujuk di portal rasminya – DI SINI. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *