Kerajaan Negeri Umum Bantuan RM300 Untuk Keluarga Terjejas. Berikut Maklumat Penuhnya
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan RM300 kepada keluarga terjejas yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Maklumat Bantuan RM300
Berita baik buat keluarga yang terjejas, setiap keluarga yang terjejas banjir di Johor akan menerima bantuan RM300 daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka.
Ia diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi .
Jumlah Bantuan Sehingga RM1,300
Setiap keluarga mangsa, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan bagi RM1,000 dan kerajaan negeri akan tambah RM300 lagi untuk setiap keluarga.
Cara Bantuan Disalurkan
Bantuan akan disalurkan berdasarkan data yang dikeluarkan oleh pihak yang terlibat. Kepada mereka yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS) di mana-mana kawasan anda, anda perlu merujuk ke petugas PPS masing-masing.
Dapatkan bantuan daripada mereka supaya anda mudah untuk membuat permohonan bantuan ini. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Daerah masing-masing sahaja.
Mereka yang tidak berpindah ke PPS, tetapi turut terkesan dengan bencana ini, anda boleh membuat permohonan kepada Pegawai Daerah atau Ketua Komuniti masing-masing.
Dapatkan surat permohonan di sana.
Pengesahan kelulusan bantuan ini akan disahkan oleh:
- Pegawai Daerah.
- Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah(JPBD).
Bantuan Banjir NADMA
Pihak NADMA menyatakan bahawa mangsa banjir yang terlibat boleh membuat permohonan bantuan wang ihsan sebanyak RM1000. Bantuan ini diharapkan mampu membantu meringankan serba sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka.