Bantuan Khas Raya RM1,000 Akan Dikreditkan Bulan Ramadan Ini. Berikut Merupakan Senarai Penerima

Bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri merupakan dua musim yang sangat ditunggu rakyat Malaysia. Ini kerana semua berpeluang untuk mengisi masa bersama keluarga dan sanak-saudara yang tersayang.

Oleh itu, bantuan kewangan sangat diperlukan bagi sesetengah pihak untuk memenuhi dua musim ini. Pihak kerajaan/negeri sangat prihatin dengan keadaan begini. Oleh itu, terdapat bantuan/insentif/bonus yang disediakan bagi kumpulan tertentu agar memberi kegembiraan kepada mereka.

Antara bantuan yang telah diumumkan adalah bantuan ‘duit raya’ oleh kerajaan negeri. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –

Bantuan ‘Khas Raya’ RM1,000

Bagi tahun 2024 iaitu tahun ini, Bantuan ‘Khas Raya atau Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) sebanyak RM1,000 secara ‘one off’ akan disalurkan.

Bantuan ini adalah bantuan dari Kerajaan Negeri Perak.

Jumlah Bantuan

Bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM1,000 secara one-off

Senarai & Kategori Penerima

Bantuan ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri, termasuk ketua kampung, guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) dan pekerja sambilan harian.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, buat pertama kalinya, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri.

Advertisement
Advertisement

Jumlah Peruntukan Bantuan

Bantuan bersempena hari raya itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 orang penerima.

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Tarikh rasmi pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan Raya Dari Negeri Lain

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memperkenalkan bantuan sama dengan kadar sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Bantuan diberikan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu sebagai tanda penghargaan untuk mereka yang merupakan nadi penggerak kerajaan negeri. Tarikh pembayarannya telah ditetapkan pada 15 Mac 2024.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, and boleh menghubungi mengikut informasi yang tertera di bawah:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000, Ipoh Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel: 05-2095000
No. Faks: 05-2555026
Emel: prosuk@perak.gov.my

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *