Pendapatan bawah RM5,000 sebulan boleh mohon Bantuan IKPP RM250: Ini tatacara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Bantuan-bantuan ini diberikan sebagai usaha meringankan beban mereka yang memerlukan atau sebagai penghargaan untuk perkara-perkara tertentu.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai IKPP.  Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan IKPP RM250

IKPP atau Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) adalah sumbangan kewangan dari Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin baru di negeri itu.

Malah, kadar IKPP juga telah dinaikkan kepada RM250 berbanding RM200 sebelumnya. Bantuan ini akan diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’ kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka untuk anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
  • Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif;
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN));
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat, permohonan Bantuan IKPP ini boleh dikemukakan dengan mengisi borang permohonan dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

Permohonan seterusnya seterusnya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pada 2022, dilaporkan bahawa kadar kelahiran di Pahang sangat rendah dan usaha untuk meningkatkan jumlah penduduk di negeri itu sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan IKPP ini sebagai usaha menarik golongan muda berkahwin.

“Langkah ini memberi manfaat kepada hampir 14,000 pasangan pengantin di negeri ini. IKPP yang diperkenalkan sejak 2020 adalah untuk menarik minat golongan belia berkahwin dan membantu meringankan bebanan pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Maklumat terperinci berkenaan IKPP dan borang permohonan boleh dirujuk di Portal e-Munakahat Jabatan Agama Islam Pahang – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam perkembangan lain, Pahang melalui Belanjawan 2024-nya telah memperkenalkan pelbagai inisiatif yang antaranya seperti Sumbangan RM200 seorang kepada anak muda berusia 18 hingga 21 tahun yang mengambi lesen motosikal.

Selain itu, Pelajar Tahun 1 pula akan menerima RM100 seorang, manakala pelajar SPM dan STPM akan menerima RM100 seorang, melibatkan 18,000 calon SPM dan 3,500 calon STPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *