Bantuan Am Tunai RM350 Setiap Bulan Dikreditkan Kepada Kategori Berikut. Cara Semakan & Tarikh Pembayaran

Pihak kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dengan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban sara hidup mereka. Bantuan tunai merupakan salah satu kaedah untuk membantu menaikkan taraf rakyat.

Sukacita dimaklumkan bahawa salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di negeri-negeri berkaitan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bantuan Tunai Am RM350

Bantuan Am Negeri diperkenalkan dengan tujuan untuk diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan Am Persekutuan adalah minima RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Cara Memohon Bantuan

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

Permohonnya boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan mengisi Borang Permohonan dan membawa dokumen-dokumen sokongan.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Advertisement
Advertisement

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM DI SINI.

Cara Semakan Tarikh Menerima Bantuan

Pihak JKM tidak mengeluarkan jadual bulanan bagi tarikh bantuan disalurkan. Namun, penerima boleh lakukan semakan sendiri dengan aplikasi eMaklum yang disediakan oleh pihak kerajaan. Berikut cara semakannya:

  1. Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
  2. Tekan ‘Carian Dokumen’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
  5. Masukkan nombor akaun bank anda
  6. Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
  7. Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
  8. Tekan butang ‘Cari’
  9. Maklumat pembayaran akan dipaparkan

Penafian

Laman sesawang ini bukanlah laman rasmi bagi sebarang jawatan atau permohonan bantuan yang dipaparkan. Kami hanya memaparkan maklumat untuk pengetahuan umum dan segala tindakan lanjut untuk memohon boleh dilakukan di link yang disediakan untuk ke laman sesawang asal.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *