Khas untuk golongan B40: Ini cara semak kelayakan & memohon bantuan ‘one-off’ RM8,000

Seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Tetapi dalam masa sama, terdapat sebuah lagi bantuan khusus yang diberikan kepada golongan B40 dan penerima BKM, iaitu melalui Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.

Ia pada asasnya merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM);
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Kadar Bantuan

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, terdapat dua jenis manfaat di bawah mySalam iaitu:

  • Bantuan kewangan ‘one-off’ RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal (senarai DI SINI);
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Cara Membuat Tuntutan

Tuntutan penyakit kritikal

  1. Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  3. Advertisement
    Advertisement
  4. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  5. Log masuk ke portal rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  6. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  7. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan hospitalisasi

  1. Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Untuk yang hendak membuat semakan kelayakan mySalam, ia boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi mySalam atau DI SINI dengan mengisi nombor MyKad di ruang yang disediakan.

Bagi maklumat terperinci tentang skim ini, sila baca dan teliti – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.