Selain itu, terdapat juga pembayaran yang diberikan daripada hasil simpanan di Tabung Haji yang dikenali sebagai agihan keuntungan atau dividen.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan perkara ini: –
Dividen Tabung Haji
Dividen Tabung Haji akan diberi berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan badan kewangan itu pada tahun berkaitan dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.
Hal ini juga dipengaruhi oleh prestasi pasaran pelaburan dan tanggungan kos haji akan mempengaruhi prestasi dan kemampuan kewangan Tabung Haji bagi satu-satu tahun kewangan.
Bagi tahun kewangan 2021, Tabung Haji telah mengumumkan jumlah dividen sebanyak 3.10 peratus selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Manakala bagi tahun ini pula, jumlah dividen Tabung Haji dijangka akan pada kadar sederhana berdasarkan keadaan pasaran ekuiti global.
Perkara itu disebut oleh Pakar Ekonomi, Prof Barjoyai Bardai yang berkata ketidakstabilan pasaran ekuiti global dapat dilihat melalui saham yang bergolak disebabkan kenaikan agresif (kadar faedah) oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) sepanjang tahun lepas, ramai kalangan pelabur asing telah ‘lari’ dan balik semula ke pasaran AS.
“Disebabkan pasaran ekuiti (saham) di AS bergolak dan turun, banyak institusi pelaburan telah mengubah strategi mereka untuk meminimumkan risiko daripada memaksimumkan keuntungan.