Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3: Jumlah bayaran, penerima & tarikh bayaran
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan atau diterukan di bawah Belanjawan 2024.
Ia termasuklah keputusan Kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Sumbagangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima B40 dan M40 berkelayakan. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada asasnya merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi. Ia bertujuan untuk membantu dan meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Pemberian STR merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang, tapi dengan kadar berbeza-beza mengikut jumlah pendapatan serta tanggungan masing-masing.
Mereka yang layak menerima STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Bagi tahun 2024 ini, dengan hikmah penyasaran semula subsidi – ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Pembayaran STR
Bagi pembayaran STR Fasa 2, ia telah pun disalurkan kepada yang layak mulai 03 April lalu secara berperingkat dengan kadar berikut:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawahBilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM300
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM650
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawahJumlah STR Fasa 2: RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawahJumlah STR: RM150
Untuk STR Fasa 3 pula, ia dijadualkan pada bulan Ogos depan. Akan tetapi, kadar pembayarannya masih belum diumumkan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Pembayaran STR seperti mana sebelumnya akan melalui dua kaedah iaitu sama ada kredit terus ke akaun penerima atau secara tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat (bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif).
Bagi tahun 2024 ini, permohonan STR dibuka sepanjang tahun dan boleh dikemukakan secara atas talian (online) atau manual (borang kertas):
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR, atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang Kertas
- Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di: Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Untuk mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan dan maklumat lengkap berkenaan STR, ia boleh diteliti di Portal Rasminya– DI SINI.