Bantuan Khas Penghargaan RM200-RM300 Akan Dikreditkan Lagi 2 Minggu. Ini Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan Khas Penghargaan baru diumumkan baru-baru ini dalam pembentangan Ekonomi Madani oleh Perdana Menteri.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Bantuan Khas Penghargaan

Bantuan Khas Penghargaan dikreditkan kepada kategori berikut:

  • RM300: Penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak;
  • RM200: Pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Untuk maklumat semua, bantuan kewangan ini akan memanfaatkan sekitar 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Pasitnya ramai tertunggu-tunggu tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu dan akan dikreditkan terus ke akaun para penerima yang layak.

Bantuan ini diberikan sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta pesara kerajaan.

Kementerian Kewangan telah diarahkan meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Dengan pemberian bantuan itu – diharapkan para penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *