Bantuan Kerajaan RM500 setiap bulan untuk mereka berusia 60 tahun ke atas: Ini cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan masing-masing dengan kadar tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kerajaan RM500

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Warga Emas atau BWE di bawah JKM.

Kadar BWE adalah sebanyak RM500 dan akan dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang layak.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Advertisement
    Advertisement
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Seperti mana bantuan-bantuan lain di bawah JKM, permohonan bantuan ininhendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Setiap permohonan yang didaftarkan nanti akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *