Bantuan Khas RM2,500 dibayar dua kali pada tahun ini (2024): Senarai mereka yang akan dikreditkan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan di bawah Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas Kewangan

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, pihak Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan khas itu akan diberikan kepada sekitar 6,662 orang penjawat awam di negeri berkenaan.

Pemberian bantuan khas itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Ia juga diharapkan dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi

Tarikh Pembayaran

Pembaayaran bantuan khas ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024. Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Sembilan juga mengumumkan Skim Dermasiswa Sara Hidup sebanyak RM150 sebagai bantuan sara hidup kepada pelajar IPTA dari keluarga kurang berkemampuan.

Yayasan Negeri Sembilan juga menyediakan peruntukan RM1.0 juta bagi bantuan peranti mudah alih dan pinjaman pendidikan tanpa faedah secara bersasar bagi program Sarjana dan Kedoktoran di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan peruntukan RM500,000.

Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan juga akan menyalurkan sumbangan RM500 kepada golongan belia di negeri itu yang ingin melangsungkan perkahwinan kali pertama.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih lanjut dan lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, sila lihat DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *