Bantuan Khas RM2,000 Akan Dikreditkan Dua Kali Pada Tahun Ini (2024). Berikut Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Tahun 2024 telah pun membuka tirainya. Pasti ramai tertanya-tanya, apakah bantuan yang akan disediakan oleh pihak kerajaan atau kerajaan negeri? Di dalam artikel ini akan diterangkan salah satu bantuan yang akan disediakan untuk mereka yang layak

Bantuan bulanan atau setiap bulan kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ia akan memberi manfaat secara konsisten kepada golongan yang telah berjasa kepada negara atau negeri.

Pihak kerajaan atau kerajaan negeri tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bantuan Khas minima RM2,000

Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM2,000. Bantuan khas ini akan diberikan kepada sekitar 4,400 penjawat awam di negeri berkenaan dengan implikasi kewangan kira-kira RM10 juta. Bantuan ini telah diumumkan dalam Belanjawan Melaka 2024.

Tujuan Bantuan

Pemberian bonus tersebut sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri sepanjang tahun ini dan hasil rundingan kita bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan.

Advertisement
Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada bulan Februari dan Mac tahun 2024.

Maklumat Tahun Melawat Melaka 2024

Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 bermula pada 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 dengan bertemakan “Mana Lagi? Melaka Ler…”.

Objektif penganjuran TMM 2024 ini adalah menjadikan Melaka sebagai top of the mind dan preferred tourist destination dengan sasaran 15.0 – 18.7 juta pelancong ke Melaka pada tahun hadapan. Selain itu, TMM 2024 juga merupakan misi Kerajaan Negeri Melaka dalam menggalakkan penglibatan rakyat negeri Melaka di dalam sektor pelancongan di dalam menjaga kebersihan, keceriaan di samping melindungi tarikan pelancongan sejarah, warisan dan alam semula jadi negeri Melaka melalui aktiviti pemuliharaan dan konservasi.

Untuk sebarang info lanjut berhubung TMM2024 ini, sila layari laman rasmi Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka di pautan https://www.visitmelaka.com.my  atau hubungi  One Number Call Centre di talian 06-3333333.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *